Tips Sihat Selepas Bersalin : Darah Nifas




Darah kedua selepas proses kelahiran adalah 'darah nifas' .

Lazimnya darah nifas ini berwarna merah kehitaman dan bau yang agak hanyir.

Darah nifas ini akan keluar selama dua minggu hingga sebulan.

Biasanya, rawatan bertangas kering atau tangas asap amat perlu di lakukan selepas 3 minggu bersalin.

Rawatan tangas ini bertujuan, untuk mengeringkan bahagian faraj, menyempitkan & memanaskan saluran faraj agar kembali normal.

Rawatan tangas ini juga bertujuan untuk menghilangkan bau hanyir darah nifas.

Disarankan melakukan rawatan cebok dahulu sebelum dan selepas rawatan bertangas ini untuk kesan lebih baik.

Ramuan untuk rawatan cebok :

Bahan-bahan :

10 helai daun sireh
3 @ 5 keping asam gelugur/keping
Ibu kunyit sebesar ibu jari (diketuk)
1 @ 2 biji manjakani
Sedikit garam

Cara penyediaan :

1 - Rebus semua bahan dalam periuk kecuali garam. (periuk sederhana besar)
2 - Setelah mendidih, asingkan setengah cawan.
3 - Baki rebusan, tuangkan ke dalam besen. Campurkan dengan air biasa, masukkan beberapa sudu garam kasar. Biarkan suam-suam.
4 - Minum air yang di asingkan tadi.
5 - Air  rebusan dalam besen, jadikan air basuhan faraj atau buat rendaman faraj dalam 10 minit hingga 15 minit.
6 -  Ini bertujuan untuk mengecutkan faraj dan menghilangkan kegatalan faraj juga dapat mewangikan faraj. :)








#PakejPantangByAdruja #PenutupPantangByAdruja #SupportLocal #SupportSmallBusiness #ColdProcessSoap #PantangCaraAlami

pm/whatshapp kami FB : Adruja SPA atau di talian 011 6553 1688


Comments

Popular Posts