Fitrah Diri

Kekuatan fitrah itu terdiri daripada spiritual (50%), mental (20%), emosi (20%) dan fizikal (10%)



=====
Spiritual
=====
- mendekatkan diri kepada Sang Maha Pencipta dan meletakkan harapan sepenuhnya bahawa setiap kesembuhan adalah daripada Allah SWT melalui doa setelah berusaha. Selain itu, zikir juga merupakan makanan yang amat baik untuk kekuatan spiritual yang mantap dan kuat. Jika dilaksanakan dengan penuh keyakinan dan kepasrahan kepada Allah SWT, maka seseorang mampu menurunkan tahap stress/tekanan dan secara tidak langsung akan meningkatkan imuniti tubuh.

====
Mental
=====
- mental berkait rapat dengan corak pemikiran kita. Fikiran yang negatif boleh menyebabkan badan berasid lebih tinggi dan ini akan membawa kepada pelbagai gangguan kesihatan. Manakala pemikiran yang positif merupakan salah satu daripada penawar segala penyakit. Sebagai contoh, jika seseorang itu mengalami dengupan jantung yang laju (berdebar-debar secara tiba-tiba) dia memikirkan bahawa masalah itu datang daripada gangguan makhluk halus. Inilah yang akan mendorong masalah-masalah lain datang terutama masalah emosi (takut) dan secara automatik sistem imunnya akan menurun. Orang seperti ini jika diberi nasihat mampu menyakinkan, insya Allah masalah tersebut akan hilang dengan sendirinya.

===
Emosi
====
- Emosi yang tidak stabil boleh membawa kepada menurunnya imuniti seseorang. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan emosi seseorang terganggu antaranya stress/tekanan, masalah kesihatan, persekitaran dan sebagainya.
Ia mampu ditangani dengan fikiran yang positif dan sentiasa tenang. Senyuman juga penawar bagi masalah ini.

====
Fizikal
=====
- ia juga disebut sebagai aspek jasmani atau luaran. Aspek ini dipengaruhi oleh tahap kualiti Medan Elektro Magnetik (MEM) dalam tubuh kita. Seseorang yang mendapat kualiti tidur yang sempurna akan memiliki MEM yang baik kerana MEM telah menghasilkan tenaga yang secukupnya untuk kestabilan tubuh sekaligus akan meningkatkan sistem imuniti. Selain itu, senaman juga mampu meningkatkan daya tahan tubuh kita. Seseorang yang gemar melakukan senaman pernafasan mampu mengekalkan sistem imunitinya pada tahap yang sempurna dan cemerlang.



#MazidahGhazali
#DiagnosisTapakTangan

Comments

Popular Posts