Kehilangan ... yang masih terasa ...

Bismillahirrahmanirrahim....

Tak tahu, bagaimana nak bermula, rindu masih bertamu walaupun sudah 15 hari berlalu. Allahurabbi, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui...
Ya Allah, Engkaulah pengatur terbaik dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui .. aku yakin takdirMu adalah yang terbaik buat kami. Aku hanyalah hambaMu yang lemah lagi hina, hambaMu yang banyak berdosa.
Ya Allah, aku redha dengan kehilangan puteriku, Siti Aminah, aku redha dan pasrah dengan takdirMu, maka berikanlah aku hidayahMu Ya Allah...Ya Rabb, aku redha atas setiap takdir yang Engkau tentukan padaku, bantulah aku Ya Allah, aku nak Mu Ya Allah, aku benar-benar nak kenalMu Ya Allah.. jadikan aku hambaMu yang sebenar-benar hamba.. jauhkan aku dari mengharapkan pada manusia dan mengharap pada yang lain selain dariMu.. sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuat. Engkaulah tempat aku menaruh harapan. Aku serahkan segalanya padaMu Ya Allah.. Allah... Allah .. bantulah aku Ya Tuhanku, janganlah Engkau meninggalkan aku walau sesaat..  janganlah Engkau serahkan aku pada diriku sendiri walaupun sesaat... genggamlah hatiku Ya Allah..
aku tidak mahu tersesat lagi dalam mencari jalan kehidupan yang sebenar. Dalam kehilangan ini, aku telah belajar sesuatu, bahawa semua yang ada di dunia ini adalah pinjaman dariMu semata. Tiada satu pun milik kami. Allahurabbi... betapa kami jahil selama ini ... ampunkan kami Ya Allah

Siti Aminah, walaupun kamu hanya dapat menjadi milik mama & papa selama beberapa bulan .. namun sepanjang kamu berada dalam rahim mama, kita banyak berkongsi rasa bersama, kita sama-sama tidak boleh tidur, bila mama sakit, kamulah yang setia menemani.. Allahu..manisnya kenangan itu...anakku, mama ingin ceritakan satu...kehadiranmu walau untuk seketika, pinjaman dari Allah Yang Maha Berkuasa kepada mama, mama ingin mengucapkan jutaan terima kasih sayang, kamu mengajar dan memberi mama satu perasaan dan pelajaran yang sungguh bermakna. Pengalaman yang mama tak pernah rasa dan nikmati semasa mengandungkan kakak-kakakmu sayang, kamu berikan mama apa itu rasa mual, apa itu rasa muntah-muntah, dan yang terhebat, kamu berikan mama nikmat sakitnya bersalin biasa, terima kasih sayang, sebelum ni mama tak rasa semua tu, kerana kak aisya & kak amanda lahir secara pembedahan... terima kasih sayang... 
Kamu lahir tidak cukup bulan, namun kejadianmu sudah sempurna sayang.. Allahurrabbi, saat itu tak kan mama lupakan sampai mama menutup mata. Kamu masih bernafas saat kamu keluar, di sambut oleh papa sendiri, di saksikan oleh kak ayu... kamu hanya bersama kami selama 10 minit, kerana kamu terlalu kecil sayang. Ya Allah... kamu pergi pada subuh khamis tepat jam 5:40am, saat itu, luluhnya hati mama, mama menyimpan harapan untuk kelahiran kamu, kerana pada awal kehamilan kamu, mama di sahkan mengandungkan kembar, namun Allah telah mengambil saudara kembarmu lebih awal, dan mama ingat, mama masih memiliki dirimu sayang, jadi mama tidak terlalu sedih, namun, Allah Yang Maha Kaya Lebih Tahu apa yang terbaik.
Mama redha dengan takdir Allah pada mama, namun sayang, mama tetap hamba yang lemah, terkadang perasaan rindu mama bertamu ... mama tak dapat tahan airmata mama dari tumpah...
Kamu tahu tak sayang, kak aisya begitu "excited" bila tahu dalam perut mama ada kamu.. kak aisya sampai gaduh-gaduh dengan papa, kak aisya kata dia nak baby girl, sebab dia kata kak amanda nakal.. lucu kan? dan Allah mendengar doa kak aisya, memang benar, dalam rahim mama, ada baby girl, iaitu kamu, tapi Dia bagi mama pinjaman sahaja... Allahuakbar,... mama tak tahu dah apa yang mama merepek ni ...tapi  hari ini genap 15 hari kamu pergi .. walaupun mama x sempat nak membelai kamu, apatah lagi untuk menyusukan kamu, namun mama tahu dan sedar kamu pernah ada dalam perut mama, saban hari menemani mama... tetiba kamu hilang ... Allah... hanya Tuhan yang tahu apa perasaan mama, yang tak dapat mama luahkan pada sesiapa.. hanya Tuhan yang tahu... 



Sepatutnya aku harus bersyukur, kerana Engkau memberikan aku seorang bidadari syurga yang sudah pasti akan menunggu kami berdua di pintu syurga nanti, Allah, betapa sayangnya Engkau kepada kami..tetapi Allah, naluri seorang ibu, rindu sering datang bertamu ... Ya Rabbi, adakah aku  seakan ingin melawanMu, ampunkanlah aku Ya Allah .. ampunkan aku Ya Allah, ampunkanlah aku,... sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penerima Taubat.


Ya Allah Ya Tuhanku,
Dengarlah hati ku
HambaMu yang lemah ini
Ya Allah, bantulah aku
Untuk menerima ujian dariMu ini,
Tuhan, kuatkanlah aku
HambaMu yang hina ini
Berikanlah kekuatan hatiku
moga cinta ku kepadaMu selalu
Perjalanan ini penuh berliku
onak dan duri jua yang datang kepadaku
moga ia akan tetap menjadikanku
sentiasa bersamaMu Tuhan...

Ya Allah...
Seandainya aku masih gagal 
untuk menjadi hambaMu yang bertaqwa
untuk meneruskan perjalananku di bumiMu ini..
teruslah membantuku Ya Allah, genggamlah hatiku Ya Allah...
sesungguhnya aku ingin selamat didalam rahmatMu Ya Rabb..

Ya Allah, kuatkanlah aku,
HambaMu yang hina ini
berikanlah kekuatan pada hatiku
moga cintaku padaMu selalu

Semoga di penghujung hidupku nanti
manisnya dapatku rasai
hikmah yang tersembunyi 
dari sakit di uji 
moga ia akan tetap menjadikan aku
sentiasa bersamaMu Ya Rabb...

Sesungguhnya aku amat merinduinya ... 

Nukilan buat Siti Aminah binti Hermiey (Puteri ketiga mama & papa)

Comments

Popular Posts