alhamdullilah .. terima kasih tuhan

alhamdullilah, hanya patah perkataan ini yang mampu aku luahkan kini, pelbagai ujian dan cubaan yang datang, sehingga terkadang membuat aku rasa putus asa hadir dengan sendiri.
Tetapi Allah itu benar-benar Maha Penyayang, DIA tidak pernah meninggalkan aku, walaupun aku gagal menjadi hambaNya yang benar! walaupun aku sentiasa lupa dan alpa terhadap tanggungjawab aku sebagai hambaNya... Ya Allah, ampuni lah aku Ya Allah, tolonglah Ya Tuhan, berikan aku kekuatan, berikan aku jalanMu yang benar! Peliharalah keimanan dan hati ku. Ya Allah, berikan aku keyakinan. Peliharalah iman dan hatiku ya Rabb!

Terima kasih buat bonda, kerana sudi menerima diri ini. terima kasih bonda! terima kasih! hanya itu yang mampu cik dah katakan!
Kehilangan mek 2 tahun lepas, benar-benar meninggalkan kesan sekarang, Baru cik dah sedar, betapa agungnya dan betapa nikmatnya mempunyai ibu! tapi semuanya terlambat! sbb mek telah pergi! :'(

pagi ini, pagi selasa bersamaan 25 november 2014, tetiba Allah memberi aku satu kejutan, dapat dua berita gembira sekaligus! terima kasih tuhan!terima kasih ! Aku benar-benar ingin menjadi hambaMu yang sentiasa bersyukur dan sabar!berikan aku itu ya Allah!


Comments

Popular Posts