YA Allah ... berikan aku petunjuk....


Ya ALLAH….
ketika hati menangis, hanya kau saja yg tahu,
Ketika mereka meninggalkan aku sendiri,
Kau tetap bertakhta dihati,
Ketika dunia tiada simpati,
Kau tetap mendengar rintihanku,
PadaMu tempatku menagih kasih,
Ketenangan kurasa mendekatiMu,
Syahdu malam mengimbas dosa-dosaku.

Ya ALLAH….
Ketika aku dalam kepayahan,
Dalam pilu dihimpit cubaan,
Kau beri aku kesabaran,
Pengalaman mengajar erti kematangan,
Lantas Kau membuka pintu hatiku,
Untuk memberi kemaafan,
Pada mereka yang pernah mengkhianatiku.

Ya ALLAH….
Ketika aku buntu,
Kau berikan aku kekuatan,
Kau tunjukkan aku jalan,
Menuju hidayahMu,

Ya ALLAH….
Yang Maha Pengasih, Rahmatmu tak terkira,
Syukurku melangit pun tak upaya,
Sungguh aku berdosa kerana sering alpa,
Dalam membeza syurga dan neraka.

Ya ALLAH
Ku titiskan airmata penyesalan terhadap dosa-dosaku,
Kau ampunilah daku,
Jangan biarkan aku bersendirian mencari redhaMu Ya ALLAH,
Robbana a tina fiddunia hasanah Wafil a khirotihasanah wa kina azabannar...
Amin Ya Rabb....

Comments

Post a Comment

Popular Posts