Meniti hari :)




Countdown sudah bermula..tahun berganti tahun..bulan berganti bulan..minggu berganti minggu..hari berganti hari..dan seperti bakal raja sehari yang lain,aku juga tidak lepas dari rasa gelisah dan perasaan berdebar-debar yang mula menular dalam jiwa ini,dan amat bahagia sekali..Aku menghitung hari untuk menuju hari yang di nanti-nantikan :
24 Disember 2011

Setelah sekian lama kami mengenali antara satu sama lain,mencoretkan pelbagai warna kenangan di atas kanvas,berkongsi idea,menyelami ke dasar hati budi masing-masing,memahami antara satu sama lain dan memegang teguh kepercayaan yang tidak terungkap.
Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar dan seperti yang dirancangkan,kerana semuanya telah aku uruskan sebaik mungkin dan semampu aku lakukan..namun begitu,aku selalu berpesan pada diriku agar perbanyakkan mengingatiNya,kerana segala yang berlaku adalah atas ketetapanNya..Semoga Allah mendengar dan memberkati permintaanku..amin..

Comments

Popular Posts