Redha dan Pasrah Dengan Ketentuan Allah SWT


Al-Imam As-Syafie Rahimahullah pernah berkata :

دع الأيام تفعل ما تشاء * وطب نفسا إذا حكم القضاء
ولا تجزع لحادثة الليالي * فما لحوادث الدنيا بقاء
وكن رجلا على الأهوال جلدا * وشيمتك السماحة والوفا
وإن كثرت عيوبك في البرايا * وسرك أن يكون لها غطاء
تستر بالسخاء فكل عيب * يغطيه كما قيل السخاء
ولا ترى للأعادي قط ذلا * فإن شماتة الأعدا بلاء
ولا ترج السماحة من بخيل * فما في النار للظمآن ماء
ورزقك ليس ينقصه التأنى * وليس يزيد في الرزق العناء
ولا حزن يدوم ولا سرور * ولا بؤس عليك ولا رخاء
إذا ما كنت ذا قلب قنوع * فأنت ومالك الدنيا سواء
ومن نزلت بساحته المنايا * فلا أرض تقيه ولا سماء
وأرض الله واسعة ولكن * إذا نزل القضا ضاق الفضاء
دع الأيام تغدر كل حين * فما يغنى عن الموت الدواء

Maksudnya :
  1. Biarkanlah hari-hari itu berlalu pergi....Perbaikilah jiwamu (ikhlaskanlah) pabila Takdir telah memainkan peranannya.
  2. Janganlah engkau kesali dengan apa yang telah terjadi (musibah, dugaan, ujian)....Kerana kehidupan dan Musibah di dunia ini tiada yang kekal abadi.
  3. Jadilah kamu sebagai seorang lelaki yang tabah dan perkasa menghadapi segala dugaan...Dan hiasilah peribadimu dengan sifat pasrah (lapang) dalam menerima kenyataan.
  4. Walaupun terdapat sebegitu banyak keaibanmu....kebahagiaan akan tetap muncul jika semua keaiban itu tidak didedahkan.
  5. Maka tutupilah keaibanmu itu dengan sifat kedermawanan..Kerana setiap keaiban (menurut sesetengah pendapat) dapat ditutupi dengan sifat kedermawanan.
  6. Janganlah dikau memperlihatkan kelemahan dan kehinaanmu kepada musuh-musuhmu....kerana perkara tersebut adalah suatu bala dan kesilapan yang amat besar (mereka akan menguji ketabahanmu)
  7. Janganlah dikau berharap sesuatu daripada orang yang bakhil (kedekut)....kerana ianya umpama seorang yang dahaga meminta air di dalam neraka (tidak akan dapat apa yang diminta)
  8. Dan ingatlah, tidak akan berkurang rezekimu disebabkan santai bekerja....Dan tidak pula bertambah rezekimu disebabkan semangat dan usaha yang tinggi (rezeki akan tetap seperti yang telah ditentukan)
  9. Kesedihan dan duka nestapa tidak akan kekal abadi.Begitu jua kegembiraan dan suka cita.....Begitu jualah kemiskinan,kesempitan dan jua kekayaan dan kesenangan.
  10. Pabila hati nuranimu memiliki sifat kesederhanaan (qona'ah)....Maka sebenarnya dikau dan Sang Raja yang kaya raya adalah sama martabatnya...(kerana ketenangan dan kepuasan hati yang hati sama)
  11. Dan barangsiapa yang didatangi dengan panggilan kematian.....Seluas mana bumi dan langit pun tidak mampu menghalangnya.
  12. Dan ingatlah bahawa bumi Allah SWT ini terhampar luas...Namun pabila takdir telah mencengkam dan menghimpit, tanah yang luas pun akan menjadi sempit.
  13. Oleh yang demikian,biarkanlah hari-harimu berlalu dengan sandiwaranya setiap saat....kerana kematian tetap akan menjelma tanpa ada obat dan penawarnya.


والله تعالى أعلى وأعلم

Comments

Popular Posts