ku pasrahkan segalanya....

Pernah hati ini terguris dengan fitnah dan tohmahan menghiris 
Sehingga terasa diri ini hina 
Kerana tiada siapa yang sudi membela 
Kutabahkan hatiku harungi hidup 
Biarpun tiada siapa yang menemani 
Keseorangan aku di lautan sepi 
Ditinggalkan mereka yang aku percayai 
 Namun ku tahu ada hikmahnya 
  Setiap segala yang menimpa diri 
Kuserahkan segala padaMu 
Tuhan Yang berkuasa jua mencipta 
Kerana Engkau Maha Mengetahui Segala apa yang terbuku di hati
 Ya Allah tidakku terdaya lagi 
  Menahan dugaan yang mencabar ini 
Terasa bagai noktah telah kutemui 
Mengakhiri segala yang telah aku mulai 
Ya Allah engkau lindungilah aku 
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman 
Agar tabahku menghadapi dugaan 
Agar tidakku berhenti di pertengahan 
 Kini di sini aku berdiri 
  Bersama harapan yang tulus suci 
Agar terbitlah kembali menteri pagi 
Setelah malamku berkalut benci

Comments

Popular Posts