ERTI sebuah CINTA


CINTA?? didambakan tiap insan. Tidak kiralah CINTA itu dilihat dari sudut apa. Perasaan ingin dicintai dan mencinta pasti akan subur dihati. Tidak keterlaluan jika dikatakan dengan CINTAlah, manusia mampu menggapai kejayaan & kebahagiaan dalam hidup. CINTA umpama titian yang membawa manusia ke jalan yang sebenarnya. Dengan CINTA, manusia akan menjadi hebat & kuat. Percaya pada CINTA kerana disitu ada azimatnya!

CINTA sejati sukar dicari & dimiliki. Bersyukurlah sekiranya kamu pernah dianugerahkan rasa CINTA itu. Kadang-kadang kerana ketaksuban & keinginan terhadap CINTA yang lain, insan sanggup meraba-raba dalam pencarian.

Sedangkan CINTA yang sebenar telah ada didepan mata, namun langsung tidak dipandang. Akhirnya, begitulah CINTA...dipersia & menderita! Alangkah ruginya kerana tidak menikmati keindahan CINTA dengan setulus hati hanya KERANA kesilapan kecil yang membelenggu diri.

CINTA amat MAHAL takrifnya.CINTA hanya tertulis pada perkataan tapi gagal dilihat pada ZAHIR,kerana CINTA itu adalah tanggunjawab dimana wujudnya KESETIAAN & KEJUJURAN yang bersatu di dalamnya.INGAT pada yang SATU, JUJUR pada yang SETIA, SETIA pada yang KASIH, KASIH pada yang RINDU, RINDULAH pada yang MENYAYANGIMU. CINTA tak kan hadir kalau tidak di cari.CINTA juga tidak akan ada kalau tidak ada siapa yang memberi,tapi mencari BIARLAH pada yang SUDI.BUKAN meminta pada yang simpati..
Itulah ERTI sebenar CINTA.. namun CINTA yang HAKIKI adalah CINTA pada ILAHI :)

Comments

Popular Posts