Kesembuhan bagi keDUKAAN


2014 sudah hampir sampai ke penghujung!

Pelbagai perkara telah berlaku di dalam kehidupan seharian kita kan?
Ada ketikanya, hati kita terluka kerana di sakiti oleh orang lain atau suasana sekeliling kita. 
Di sini , kita kongsi beberapa  cara yang kita boleh amalkan bersama untuk mengubati hati yang terluka ini.
Keberkesanannya bergantung kepada diri kita sendiri :

  1. Latih minda Melupakan Kenangan Yang Pahit Itu.
Bunyinya seperti senang jer kan?? tetapi sebenarnya ia perlu di aplikasi secara berterusan. Mengaku saja jika diri sering merasa sedih kerana melalui keperitan yang berkali-kali hingga membawa ke alam kenangan, namun kita harus ingat dan bertindak membataskan emosi dari terus mengingati perkara yang sudah lepas ~ ini juga peringatan buat diri ku :'(

Mulai hari ini, tekadkan diri untuk melupakan semua itu, insya allah.
Aku ingin melupakan semua dan kosongkan memori kenangan. 
Aku ingin bulatkan azam untuk FOKUS lebih pada masa depan, cita- cita dan impianku yang belum kesampaian, ingin mencapai segala impian keluarga, kerjaya,kewangan, keilmuan serta rakan-rakan yang tak pernah tinggalkan aku di saat kejatuhanku.

Tetapi ... kita semua tidak akan mampu melupakan kesemua memori pahit sekali gus, tetapi ia boleh di usahakan secara perlahan-lahan.

Cuba mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri yang konsisten.

2. Buang Sifat Kebimbangan

Ada dua kesan dari sikap bimbang ini iaitu :

Pertama ; ia menarik pada penentuan yang tidak baik, masalah dan musibah tanpa di duga.

Kedua ; memberi kesan buruk pada kesihatan kita dari segi fizikal dan mental.

Kebimbangan akan membuat kita selalu menjadi sedih dan kecewa. Untuk membuang sikap bimbang, belajar untuk bertenang dan latih diri kita untuk mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur!

Sentiasa panjatkan rasa syukur atas semua perkara yang kita ada
Misalnya, mengucap syukur kerana kita telah di kurniakan deria yang lengkap, boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur, kita masih mempunyai suami dan anak-anak yang memahami, rakan karib yang sentiasa di sisi dan kita juga mempunyai telefon bimbit kesayangan. 
Ucap Syukur sebanyak yang mungkin kepada Yang Maha Kuasa! dan seikhlas mungkin sehingga merasa syukur itu  meresap jauh ke dalam diri. Insya allah.
Sama-sama kita amalkan sebagai istiqomah.

4. Mendidik Diri Menjadi Pemaaf

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan dan emosi negatif.
Seterusnya ia akan meneutralkan gelombang fikiran negatif kita yang bersarang di minda.
Ketahuilah, kita akan selalu berasa sedih dan kecewa kerana tidak memaafkan kesalahan diri kita di masa lalu ataupun kita susah untuk memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita satu ketika dulu. 
Aku ingin belajar menjadi seorang pemaaf dan hapuskan kenangan lalu. Ya Allah, bantulah aku! dan aku yakin ketenangan akan hampir kepadaku!

5. Ketawa dan Terus Ketawa!

Ketawa dengan ikhlas adalah ketawa yang benar-benar menggembirakan serta menjadikan kita girang.





Comments

Popular Posts