Redha dan Pasrah Dengan Ketentuan Allah SWT
دع الأيام تفعل ما تشاء * وطب نفسا إذا حكم القضاء
ولا تجزع لحادثة الليالي * فما لحوادث الدنيا بقاء
وكن رجلا على الأهوال جلدا * وشيمتك السماحة والوفا
وإن كثرت عيوبك في البرايا * وسرك أن يكون لها غطاء
تستر بالسخاء فكل عيب * يغطيه كما قيل السخاء
ولا ترى للأعادي قط ذلا * فإن شماتة الأعدا بلاء
ولا ترج السماحة من بخيل * فما في النار للظمآن ماء
ورزقك ليس ينقصه التأنى * وليس يزيد في الرزق العناء
ولا حزن يدوم ولا سرور * ولا بؤس عليك ولا رخاء
إذا ما كنت ذا قلب قنوع * فأنت ومالك الدنيا سواء
ومن نزلت بساحته المنايا * فلا أرض تقيه ولا سماء
وأرض الله واسعة ولكن * إذا نزل القضا ضاق الفضاء
دع الأيام تغدر كل حين * فما يغنى عن الموت الدواء
Maksudnya :
- Biarkanlah hari-hari itu berlalu pergi....Perbaikilah jiwamu (ikhlaskanlah) pabila Takdir telah memainkan peranannya.
- Janganlah engkau kesali dengan apa yang telah terjadi (musibah, dugaan, ujian)....Kerana kehidupan dan Musibah di dunia ini tiada yang kekal abadi.
- Jadilah kamu sebagai seorang lelaki yang tabah dan perkasa menghadapi segala dugaan...Dan hiasilah peribadimu dengan sifat pasrah (lapang) dalam menerima kenyataan.
- Walaupun terdapat sebegitu banyak keaibanmu....kebahagiaan akan tetap muncul jika semua keaiban itu tidak didedahkan.
- Maka tutupilah keaibanmu itu dengan sifat kedermawanan..Kerana setiap keaiban (menurut sesetengah pendapat) dapat ditutupi dengan sifat kedermawanan.
- Janganlah dikau memperlihatkan kelemahan dan kehinaanmu kepada musuh-musuhmu....kerana perkara tersebut adalah suatu bala dan kesilapan yang amat besar (mereka akan menguji ketabahanmu)
- Janganlah dikau berharap sesuatu daripada orang yang bakhil (kedekut)....kerana ianya umpama seorang yang dahaga meminta air di dalam neraka (tidak akan dapat apa yang diminta)
- Dan ingatlah, tidak akan berkurang rezekimu disebabkan santai bekerja....Dan tidak pula bertambah rezekimu disebabkan semangat dan usaha yang tinggi (rezeki akan tetap seperti yang telah ditentukan)
- Kesedihan dan duka nestapa tidak akan kekal abadi.Begitu jua kegembiraan dan suka cita.....Begitu jualah kemiskinan,kesempitan dan jua kekayaan dan kesenangan.
- Pabila hati nuranimu memiliki sifat kesederhanaan (qona'ah)....Maka sebenarnya dikau dan Sang Raja yang kaya raya adalah sama martabatnya...(kerana ketenangan dan kepuasan hati yang hati sama)
- Dan barangsiapa yang didatangi dengan panggilan kematian.....Seluas mana bumi dan langit pun tidak mampu menghalangnya.
- Dan ingatlah bahawa bumi Allah SWT ini terhampar luas...Namun pabila takdir telah mencengkam dan menghimpit, tanah yang luas pun akan menjadi sempit.
- Oleh yang demikian,biarkanlah hari-harimu berlalu dengan sandiwaranya setiap saat....kerana kematian tetap akan menjelma tanpa ada obat dan penawarnya.
والله تعالى أعلى وأعلم
Comments
Post a Comment